Rabu, 14 Mei 2014

DINIHARI INI

NANTI, jam 3 pagi, 14 Mei - genap dua tahun peristiwa emak terjaga daripada tidur kerana serangan jantung. Beberapa jam sebelum itu, sebelum emak tidur, emak berkata, "Hari ini emak maafkan semua orang. Anak-anak mak tak ada dosa dengan emak." Selepas itu emak tidur, sejam kemudian iaitu pada jam 1 pagi, emak terjaga dan bertanya kepada saya "Esok nak masak apa dik? Kalau esok sihat emak nak masak." Pertanyaan dan kenyataan emak ini kerana sejak beberapa minggu sebelum itu, memang emak sudah lama tidak masak kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, sedangkan sepanjang usia saya, emaklah yang menyediakan makanan. Selepas emak menyatakan hasratnya itu, emak mengambil kucing kesayangannya iaitu Teja dan dibawa tidur bersamanya.

Jam 4 pagi, emak dibawa ke Hospital Selayang. Sebelum melangkah meninggalkan rumah, emak berpesan "Bagi makan kucing, dik." 

Semasa di dalam kereta emak berkata, "Pergi hospital ni, tak balik rumah dah dik." Hampir jam 5 pagi, doktor beri suntikan yang buat emak tidur selama 6 hari.


Semuanya bermula pada 14 Mei, jam 3 pagi. Segalanya terakam padat dan segar walaupun sudah dua tahun kejadian dan peristiwa itu berlaku. Terasa sesak dada ini, menahan rindu kepadanya. Semoga Allah SWT merahmati roh emak yang sepanjang hayatnya sabar dan reda dengan dugaan-Nya.


Rabu, 7 Mei 2014


Apabila kamu telah membuat keputusan, bertawakkallah kepada Allah -Pujangga Melayu

Isnin, 5 Mei 2014

ANTARA DUA RASA

Marah itu dari Iblis; 
insaf itu dari Malaikat. 

Yang satu terkutuk; 
yang satu lagi terpuji. 

Siapa di antara keduanya, 
yang patut dipilih -
sangat jelas 
- Ahmad Irfan-

Khamis, 1 Mei 2014

LIFE

That is life. Take as a life. 
We laugh. We cry -
We do everything. 
That is why life is so beautiful, 
so challenging, 
so sweet, 
so everything