Khamis, 27 Mac 2014

COMEL

SAYA namakan kucing belang milik jiran yang selalu datang ke laman depan rumah ini sebagai Comel. Pada mulanya Comel hanya pandang-pandang, apabila saya mahu pegang maka mulalah dia lari. Dia akan makan biskut yang saya beri di atas lantai apabila saya meninggalkannya. Bagi saya, Comel memang comel. Oleh sebab itulah saya panggil dia Comel. Kini, Comel sedang bunting. Badannya yang bulat semakin berisi. Kalau pada awal perkenalan, Comel agak malu-malu unutk mendekati saya, kini Comel sendiri akan mengejar dan mengikut saya memberi makan kucing di lorong belakang rumah. Semoga Comel selamat melahirkan anak-anaknya.

Di belakang rumah saya pula, ada dua ekor kucing betina yang selalu datang singgah. Masalahnya pintu belakang rumah tidak boleh dibuka. Jadi, cara hendak beri mereka makan adalah dengan memasukkan biskut ke dalam plastik lalu dicampak kepada mereka. Tahulah mereka untuk keluarkan biskut itu dari plastik untuk dimakan. Bagi mengambil plastik itu semula, satu pusingan perumahan perlu dilakukan memandangkan pintu belakang yang tidak boleh dibuka.

Kucing yang datang ke rumah, jangan dihalau. Kalau dia buang najis, itu memang tabiat dia yang tidak tahu mana tandas yang manusia tidak akan marah. Kita yang perlu sabar dan rasional mengendalikan mereka yang sama berkongsi alam dengan kita ini.

  
Hidup ini tumpang-menumpang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan