Jumaat, 7 November 2014

WACANA LIBERALISME DALAM KEMI KARYA ADIAN HUSAINI

NOVEL Kemi (2010) karangan Adian Husaini memaparkan pergelutan masyarakat khususnya golongan intelektual di Indonesia berhadapan dengan kemasukan pelbagai aliran pemikiran Barat khususnya liberalisme. Berdasarkan latar belakang pendidikan, kerjaya dan penyelidikan Adian Husaini yang rata-rata tertumpu pada bahaya aliran-aliran pemikiran Barat seperti liberalisme yang merayakan nilai individu dalam penilaian; dan pluralisme yang merayakan kepelbagaian keyakinan, yang kedua-duanya berakarkan sekularisme, iaitu satu pemikiran yang mengasingkan aspek dunia dengan agama, dan tercetus dengan sebab-sebabnya yang tersendiri di Barat (sila rujuk buku Adian Husaini berjudul Wajah Peradaban Barat, 2010), bukanlah satu kejanggalan apabila Kemi 1 hadir sebagai novel wacana yang lantang membahaskan aspek ini dengan berkesan. Dengan latar belakang penulis yang sedemikian, novel ini ditulis bertujuan memberikan kefahaman tentang bahaya liberalisme khususnya kepada masyarakat Islam. Menurut Adian Husaini, pemahaman yang mendalam tentang liberalisme penting bagi menyakinkan masyarakat Islam untuk menangkis serangan liberalisme, sebagaimana yang tertulis di bahagian ransang sari, “Novel ini wajib dibaca oleh para santri dan keluarga Muslim yang mencintai keimanan dan berkeinginan selamat dari jeratan angan-angan dan gurita liberalisme, yang tiap detik menyerbu pikiran mereka”. Seiring dengan matlamat novel untuk membahaskan soal liberalisme, ransang sari novel turut menyenaraikan watak-watak yang cerdas, berilmu pengetahuan dan berwawasan yang menunjangi novel iaitu Kemi, Rahmat dan Siti. Ketiga-tiga watak ini mempunyai latar belakang pendidikan dari pesantren. Menurut Taufik Ismail, tujuan novel menghadirkan watak-watak berlatarbelakangkan pendidikan pesantren ini adalah untuk mengangkat semua martabat institusi pesantren, yang digambarkan dalam filem Perempuan Berkalung Sorban (2009), sebagai institusi pendidikan Islam yang mundur dan gagal mempertahankan Islam menerusi paparan watak-watak agamawan yang lemah dan tidak berwibawa. Daripada penelitian ini, adalah jelas bahawa novel Kemi ditulis sebagai wadah untuk menangkis wacana liberalisme menerusi kewibawaan dan kebijaksanaan tokoh-tokoh agamawan.

Seterusnya, bagi menghadirkan wacana liberalisme, novel memanipulasi peristiwa Kemi (Ahmad Sukaimi) meninggalkan Pesantren Minhajul Abidin pimpinan Kiai Rios bagi mengikuti kuliah di Universiti Lintas Agama di Jakarta. Sebagai pelajar cerdas yang diharapkan untuk menjadi tenaga pengajar di pesantren, tindakan Kemi menimbulkan tanda tanya khususnya Kiai Rios dan sahabatnya, Rahmat. Bagi mengetahui faktor yang mendorong Kemi meninggalkan pesantren, Rahmat menjejaki Kemi di Jakarta dan mendapati bahawa sahabatnya itu telah terpengaruh dengan gerakan liberal. Kemi bukan sahaja aktif sebagai mahasiswa yang mempromosikan liberalisme dan ‘Islam Liberal’, tetapi juga sebagai aktivis gerakan liberal yang bertanggungjawab merekrut ahli-ahli baharu khususnya yang mempunyai latar belakang pendidikan agama Islam. Menurut Kemi, konsep kebebasan individu termasuklah kebebasan beragama yang menunjangi liberalisme menarik perhatiannya. Konsep kebebasan ini dianggapnya lebih sesuai dan dapat berlaku adil berbanding dengan konsep ketuhanan Islam yang dianggap terlalu eksklusif, iaitu dengan menolak sebarang konsep ketuhanan yang bertentangan dengan Islam, dan justeru dianggap tidak berlaku adil kepada agama lain. Bagi Kemi, liberalisme melahirkan perpaduan menerusi sikap saling menghormati antara agama, dengan membenarkan keyakinan beragama yang pelbagai. Umpamanya, konsep ketuhanan Kristian perlu diperakukan oleh Islam, begitu juga sebaliknya. Dalam konteks ini, tiada kemutlakan berhubung soal ketuhanan. Sehubungan itu, ajaran Islam menurut Kemi, perlu berubah dan bersikap liberal bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni. Usaha Kemi meluaskan gerakan Islam Liberal dilakukan dengan menganggotai gerakan Liberal yang didanai oleh Shee-Cooler Foundation, satu pertubuhan Inggeris yang menyalurkan dana kewangan bagi meluaskan liberalisme.

Setelah mengetahui kegiatan dan pemikiran Kemi, Rahmat berusaha membawa Kemi kembali ke pangkal jalan. Pada tahap inilah, konflik-konflik idea antara Rahmat dengan Kemi dan dengan beberapa tokoh Islam Liberal seperti Dr. Ita, Profesor Malikan dan Kiai Dulpikir dipaparkan. Antaranya idea yang diperdebatkan ialah soal kesetaraan gender yang tercetus dalam idea feminisme, dan soal kebebasan ekspresi yang tercetus dalam idea humanisme. Dengan pengetahuan yang luas tentang wacana dan logik-logik liberalisme yang diperoleh dengan membaca buku-buku pendukung gerakan liberalisme Barat, Rahmat bukan sahaja berhasil menangkis hujah dan logik yang dikemukakan oleh Kemi, Profesor Malikan, tetapi juga berjaya mendorong Kiai Dulpikir, aktivis terkemuka Islam Liberal bertaubat pada penghujung usianya. Kejayaan Rahmat menangkis idea-idea liberalisme oleh tokoh-tokoh Islam Liberal mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa. 


Walau bagaimanapun, melepasi tahap kejayaan Rahmat ini, novel dikesan tidak lagi mendukung aspek wacana dengan lebih serius seperti yang ditangani sewaktu memaparkan konflik-konflik idea pada sebelumnya. Sebaliknya, novel bergerak dengan cerita tentang Kemi yang menerima balasan buruk oleh kelompok aktivis liberal disebabkan kegagalannya mempengaruhi Rahmat. Seterusnya, novel meneruskan perjalanannya dengan kisah tentang usaha Rahmat menjejaki Kemi yang diculik daripada Rumah Sakit Jiwa setelah mengalami kecederaan otak yang teruk.

Pada pandangan saya sebagai pembaca, Kemi 1 (2010) lebih menyeronokkan dan memberi kepuasan dengan kehadiran wacana tentang liberalisme dan bagaimana Islam menangani hujah-hujah dan logik-logik lapuk kelompok liberalisme. Sebagai pembaca, saya mendapat maklumat yang lumayan untuk mengenali liberalisme dan bagaimana pemikiran ini menyusup masuk ke dalam negara Indonesia. Namun demikian, nikmat pembacaan Kemi 1 ini tidak saya dapati dalam sambungannya iaitu Kemi 2 (2012). Menurut penelitian saya, berbanding dengan Kemi 1 yang berfokus kepada wacana liberalisme yang hadir menerusi konflik-konflik idea antara Rahmat-Kemi-Profesor Malikan-Doktor Ita-Kiai Dulpikir yang ditangani dengan wacana yang mantap, Kemi 2 larut  pula larut dengan cerita tentang kehilangan Kemi dan usaha menjejakinya. Dalam bahagian kedua ini, aspek wacana dikesan agak terpinggir sebaliknya dibumbui dengan konflik-konflik fizikal yang dilalui watak. Hasil penelitian saya terhadap Kemi 2 mendapati aspek wacana hanya muncul dalam perbualan antara watak Siti Murtafiah dengan ibu dan bapanya tentang poligami, dan sedikit dalam peristiwa forum yang dianggotai antara Siti Murtafiah dengan dua tokoh feminis dan liberal iaitu Dr. Ita dan Preti. 

Dari segi kepuasan, Kemi 1 lebih berjaya menarik perhatian, minat dan kesungguhan saya membacanya berbanding dengan Kemi 2. Walau bagaimanapun, sumbangan Kemi 2 signifikan dari segi paparan bagaimana gerakan liberal menyebarkan fahaman mereka ke negara-negara khususnya negara dunia ketiga seperti Indonesia, iaitu dengan menggunakan kuasa wang.

Di Malaysia, terdapat beberapa buah novel yang diperagakan mengangkat isu pluralisme antaranya ialahTuhan Manusia oleh Faisal Tehrani, dan isu perkelanaan manusia jahil mencari kebenaran menerusi penerokaan pelbagai isme dalam novel Penyeberang Sempadan oleh Anwar Ridhwan. Pembaca yang berminat dengan isu-isu ini boleh mendapatkan ketiga-tiga novel dan membuat penelitian tentang novel yang manakah yang lebih cemerlang dan berjaya dalam menangani isu ini. Bagi saya, novel Kemi 1 adalah yang terbaik setakat ini dalam membicarakan isu yang berkaitan dengan kemasukan isme-isme Barat di Alam Melayu dalam bentuk kreatif.



wallahua’alam.

Ahad, 17 Ogos 2014

IS IT POSSIBLE?

The blood from the lover’s heart, will flow like the Oxus River
And the lover will be that foam covering the stream of blood.
You are a wheel and love is water
Is it possible for a water wheel to turn without water?

~ Rumi


 

Sabtu, 19 Julai 2014

ANTARA CERDIK DAN BODOH, ISLAM DAN MUNAFIK

Bodohlah sesiapa yang mencari kesempurnaan dalam diri manusia. Cerdiklah sesiapa yang mencari keserasian, yang tidak sempurna, tetapi berusaha untuk melengkapkannya dengan tolak ansur. Orang Islam dilengkapkan dengan sikap pemaaf, dan keinginan untuk bertaubat. Kerana itu mereka dapat bertolak ansur, berlebih kurang. Itulah dua perspektif yang menentukan kebaikan dan kejahatan dalam diri manusia yang normal, menurut pandangan Islam. Kumpulan munafik menolak perspektif ini, oleh itu mereka kelihatan amat baik, padahal merekalah yang paling jahat dan kotor rohaninya. Orang Islam diajar mengenal siapa mereka.


Selasa, 15 Julai 2014

PEACEFUL SEARCHING

IN a human being is such a love, a pain, an itch, a desire that, even if he were to possess a hundred thousand worlds, he would not rest or find peace. People work variously at all sorts of callings, and so forth, but they are not at peace because what they are seeking cannot be found. The beloved is called dil'aram because the heart finds peace through the beloved. How then can it find peace through anything else? All these other joys and objects of search are like a ladder. The rungs on the ladder are not places to stay but to pass through. The sooner one wakes up and becomes aware, the shorter the long road becomes and the less one's life is wasted on these "ladder rungs" (Rumi, Sign of the Unseen, 66)

Sabtu, 12 Julai 2014

DOA UNTUK GAZA

ANDA (Israel) mahu kami tinggalkan Palestin. Kami tidak akan tinggalkan Palestin. Kami tidak ada senjata tetapi kami akan menentang dengan mata dan kata-kata - Presiden Palestin, 11 Julai 2014

Puluhan tahun Israel cuba merampas Palestin tetapi mereka tidak pernah dan tidak akan berjaya kerana tidak akan menang golongan yang zalim. Para mujahidun Palestin tidak takut pada bedilan senjata Zionis dan sekutunya kerana mereka tahu walaupun perjuangan akan membawa mereka mati atas kekejaman Zionis, hakikatnya mereka hidup sebagai syuhada di sisi Allah SWT. Palestin ialah kumpulan terpilih yang dilatih dengan segala ujian untuk menghadapinya dalam keadaan mereka tetap beriman kepada Allah SWT.

Al-Fatihah kepada para syuhada.

Teruskan berdoa dengan sesungguhnya agar tentera Israel dan sekutunya dihancurkan Allah SWT sebagaimana hancurnya tentera Ahzab.

Juga, jangan dilupakan saudara-saudara Islam kita di Myanmar dan di serata belahan dunia yang turut sedang diuji dengan kezaliman manusia berjiwa binatang.


Ahad, 6 Julai 2014

A GOOD LEARNER

Slow learner is a good learner, like good food must not be swallowed fast. Chew slowly, feeling the texture of the food. So is learning. Only Ibn Sina can distinguished himself at the age of 16, saying with regret, "I don't have anything more to learn, nor teachers to teach me". How humble, confessing that what he have learned is so little.

Khamis, 3 Julai 2014

DUA PERBUATAN SATU MAKNA

ALLAH SWT sentiasa tahu tentang keperluan setiap hamba-Nya. Berserah kepadanya dalam pengertian berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap urusan walaupun urusan dan usaha itu kurang disenangi insan lain, dan dalam masa yang  sama meyakini sifatnya yang Rahman dan Rahim. Dengan itulah, dia berikan kita rezeki daripada pintu yang tidak kita sangka-sangka, ketika waktu yang benar-benar tepat untuk kita.

Memberi dengan jujur dan menerima dengan ikhlas ialah dua perbuatan yang satu maknanya, syukur.

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan.

Ahad, 29 Jun 2014

DALAM PENGETAHUAN-NYA

Tidak sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz) (Tafsir Al Mishbah, Jilid 11, 2002:119)

Jumaat, 27 Jun 2014

PERENANG DI LAUT BERGELOMBANG

Apabila otak dipertajam dengan cabaran intelektual; kemampuan kreatif dicabar dengan persoalan yang rumit; maka nanti akan menjelma kegigihan seorang perenang di tengah laut yang bergelombang, yang harus memilih antara tenggelam lemas atau sampai ke pantai, walaupun sangat penat. Sesiapa yang memilih untuk sampai ke pantai, dia akan sampai dengan selamat. Ketika itu setiap kali dia melihat laut dan ombak, dia bersyukur kerana laut dan ombak itulah yang memberinya kejayaan. Itulah hikmah yang Allah Ta'ala berikan. Telah berkata Imam Ghazali, Apa juga yang Allah kurniakan kepada kamu, itulah yang terbaik buat kamu.

Hanya orang yang sabar menang dalam semua perjuangan.

Isnin, 23 Jun 2014

YANG KECIL ITU BESAR

burung yang kecil, 
tetapi di dalam dirinya terangkum seluruh cakerawala,
kerana di situ tanda rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala 
kepada semua ciptaan-Nya





Ahad, 22 Jun 2014

EL ATLAL (THE RUINS)

My heart, don't ask where the love has gone
It was a citadel of my imagination that has collapsed
Pour me a drink and let us drink of its ruins
And tell the story on my behalf as long as the tears flow
Tell how that love became past news
And became another story of passion
I haven't forgotten you
And you seduced me with lips dripping sweet pleas
And a hand extending towards me like a hand stretched out 

through the waves to a drowning person
But where is that light in your eyes?
 

My darling, I visited your nest one day as a bird of longing singing my pain
You've become self-important, spoiled and capricious
And you inflict harm like a powerful tyrant
And my longing for you cauterized my ribs (soul or insides)
And the waiting was like embers in my blood
 

Give me my freedom, release my hands
Indeed, I've given you yours and did not try to retain anything
Ah, your chains have bloodied my wrists
I haven't kept then nor have they spared me
Why do I keep promises that you do not honor?
 

When will this captivity end, when the world is before us?
He is far away, my enchanting love
Full of pride, majesty and delicacy
Sure-footed walking like an angel with oppressive beauty and rapacious glory
Redolent of charm like the breeze of the hills
Pleasant to experience like the night's dreams
I've lost forever the charm of your company that radiated brilliantly
I, wandering in love, a bewildered butterfly, approached you
And between us, desire was a messenger and drinking 

companion that presented the cup to us
Had love seen two as intoxicated as us?
 

So much hope we had built up around us
And we walked in the moonlit path, joy skipping along ahead of us
And we laughed like two children together
And we ran and raced our shadows
And we became aware after the euphoria and woke up
If only we did not awaken
Wakefulness ruined the dreams of slumber
 

The night came and the night became my only friend
And then the light was an omen of the sunrise and the dawn was towering over like a conflagration
And then the world was as we know it, with each lover in their own path
Oh sleepless one who slumbers and remembers the promise when you wake up
Know that if a wound begins to recover another wound crops up with the memory
So learn to forget and learn to erase it
 

My darling everything is fated
It is not by our hands that we make our misfortune
Perhaps one day our fates will cross when our desire to meet is strong enough
For if one friend denies the other and we meet as strangers
And if each of us follows his or her own way
Don't say it was by our own will
But rather, the will of fate


Umm Kalthoum

أم كلثوم - الأطلال
El Atlal

Sabtu, 21 Jun 2014

INTIFADAH

Kita mulakan intifadah kita benar-benar kerana Allah
supaya apa juga yang kita buat -
boleh membantu kita mencapai reda Allah
bukan kutukan dan celaan Allah.

Khamis, 19 Jun 2014

KEINDAHAN KEBENARAN

Jangan tangisi wajahmu yang tetap akan layu apabila tiba waktunya;
tangisilah kekaburan pemikiranmu yang mengelirukan dirimu dan orang lain.

Yang benar tetap indah, tidak boleh disentuh oleh masa dan zaman,
terus cerah di dalam hati dan pemikiran walaupun sudah beribu tahun dicetuskan.

Tuju ke arah itu, 
bukan menangisi wajahmu yang tetap akan usang.

Rabu, 18 Jun 2014

WISDOM

Learn from other people's mistakes, 
by not making the worse mistakes yourself. 

That is wisdom. 

Learn to be wise, 
and that needs tolerance and patience.

Isnin, 16 Jun 2014

belajar terima takdir -
akal sihat badan pun sihat. 

takdir jangan ditangisi
hanya orang yang sabar -
menang dalam semua perjuangan


Rabu, 4 Jun 2014

TANGGA ILMU

Dalam mencari ilmu, 
tidak ada lif yang boleh ditekan-tekan
ke tingkat mana saja yang anda mahu
Anda harus mendakinya sendiri, 
tidak ada pilihan 
Pendeta Za'ba, Tangga Bacaan 


Rasakan lelah dan mengah
Walau susah dan payah-
Kamu tetap tiba ke puncak ilmu,
Jika ada dalam dirimu-

sabar, tekun tanpa jemu
Wardah Munirah 

Rabu, 14 Mei 2014

DINIHARI INI

NANTI, jam 3 pagi, 14 Mei - genap dua tahun peristiwa emak terjaga daripada tidur kerana serangan jantung. Beberapa jam sebelum itu, sebelum emak tidur, emak berkata, "Hari ini emak maafkan semua orang. Anak-anak mak tak ada dosa dengan emak." Selepas itu emak tidur, sejam kemudian iaitu pada jam 1 pagi, emak terjaga dan bertanya kepada saya "Esok nak masak apa dik? Kalau esok sihat emak nak masak." Pertanyaan dan kenyataan emak ini kerana sejak beberapa minggu sebelum itu, memang emak sudah lama tidak masak kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, sedangkan sepanjang usia saya, emaklah yang menyediakan makanan. Selepas emak menyatakan hasratnya itu, emak mengambil kucing kesayangannya iaitu Teja dan dibawa tidur bersamanya.

Jam 4 pagi, emak dibawa ke Hospital Selayang. Sebelum melangkah meninggalkan rumah, emak berpesan "Bagi makan kucing, dik." 

Semasa di dalam kereta emak berkata, "Pergi hospital ni, tak balik rumah dah dik." Hampir jam 5 pagi, doktor beri suntikan yang buat emak tidur selama 6 hari.


Semuanya bermula pada 14 Mei, jam 3 pagi. Segalanya terakam padat dan segar walaupun sudah dua tahun kejadian dan peristiwa itu berlaku. Terasa sesak dada ini, menahan rindu kepadanya. Semoga Allah SWT merahmati roh emak yang sepanjang hayatnya sabar dan reda dengan dugaan-Nya.


Rabu, 7 Mei 2014


Apabila kamu telah membuat keputusan, bertawakkallah kepada Allah -Pujangga Melayu

Isnin, 5 Mei 2014

ANTARA DUA RASA

Marah itu dari Iblis; 
insaf itu dari Malaikat. 

Yang satu terkutuk; 
yang satu lagi terpuji. 

Siapa di antara keduanya, 
yang patut dipilih -
sangat jelas 
- Ahmad Irfan-

Khamis, 1 Mei 2014

LIFE

That is life. Take as a life. 
We laugh. We cry -
We do everything. 
That is why life is so beautiful, 
so challenging, 
so sweet, 
so everything 


 

Rabu, 30 April 2014

MEI DAN JUN

MEI dan Jun yang signifikan kepada saya. 
1 Mei 2012 saya membawa emak untuk rawatan.
8 Mei 2012, saya membawa emak untuk rawatan lagi.
14 Mei 2012, emak ditidurkan.
19 Mei 2012, jasad dan roh emak terpisah pada tengah hari.
6 Jun, emak melahirkan saya pada 36 tahun selepas kelahirannya.
27 Jun 2014, emak berusia 63 tahun jika masih bernyawa. 
Tetapi menjadi dua tahun pemergiannya.

Al Fatihah Rambelah binti Maryam






Selasa, 29 April 2014

HUJAN

Hujan
Seperti itulah kita -
Turun ke bumi sebagai hamba dan khalifah,
Fitrah mencari reda-Nya

Hujan,
Sepertinya nanti
kita kembali kepada Allah,
Kekal bersama fitrah -
Sempurna tujuan manusia tercipta



Sabtu, 29 Mac 2014

HUJAN DINIHARI

hujan dinihari
noktah mengiringi -

syukur pada Ilahi

dingin dinihari
rindu belum henti -
anugerah Ilahi


Khamis, 27 Mac 2014

COMEL

SAYA namakan kucing belang milik jiran yang selalu datang ke laman depan rumah ini sebagai Comel. Pada mulanya Comel hanya pandang-pandang, apabila saya mahu pegang maka mulalah dia lari. Dia akan makan biskut yang saya beri di atas lantai apabila saya meninggalkannya. Bagi saya, Comel memang comel. Oleh sebab itulah saya panggil dia Comel. Kini, Comel sedang bunting. Badannya yang bulat semakin berisi. Kalau pada awal perkenalan, Comel agak malu-malu unutk mendekati saya, kini Comel sendiri akan mengejar dan mengikut saya memberi makan kucing di lorong belakang rumah. Semoga Comel selamat melahirkan anak-anaknya.

Di belakang rumah saya pula, ada dua ekor kucing betina yang selalu datang singgah. Masalahnya pintu belakang rumah tidak boleh dibuka. Jadi, cara hendak beri mereka makan adalah dengan memasukkan biskut ke dalam plastik lalu dicampak kepada mereka. Tahulah mereka untuk keluarkan biskut itu dari plastik untuk dimakan. Bagi mengambil plastik itu semula, satu pusingan perumahan perlu dilakukan memandangkan pintu belakang yang tidak boleh dibuka.

Kucing yang datang ke rumah, jangan dihalau. Kalau dia buang najis, itu memang tabiat dia yang tidak tahu mana tandas yang manusia tidak akan marah. Kita yang perlu sabar dan rasional mengendalikan mereka yang sama berkongsi alam dengan kita ini.

  
Hidup ini tumpang-menumpang

Sabtu, 15 Mac 2014

TOMMY

CATATAN beberapa minggu yang lalu.
Dalam perjalanan ke hospital pagi tadi, saya ternampak anak anjing di depan surau berdekatan rumah. Dia nampak gelisah tapi saya lihat matanya yang mesra. Saya berhenti di bahu jalan dan beri dia biskut kucing. Dia makan sampai tiga sudu biskut. Saya panggil dia meow meow sebab tidak tahu nak panggil dia bagaimana. Setiap kali saya panggil anak anjing ini, dia akan berhenti makan dan pandang tepat kepada saya sambil menggerakkan ekornya tanda persahabatan. Sebelum pergi, saya beri salam kepadanya. Semoga dia selamat dan bahagia. Bagi saya, pertemuan ini adalah satu rezeki.


Saya berbicara dengan Saudara Saifullizan Yahaya yang sangat berminat tentang Tommy, anak anjing yang pertama kali saya temui dan mesrai di depan surau kawasan perumahan. Dalam perbicaraan kami itu, kata-kata Saudara Saiful yang amat saya ingat dan menghantui fikiran saya ialah 'Apa-apa pun, mesti ada titik akhir antara Wardah dengan anak anjing itu.'

Pulang dari bengkel, setiap kali keluar rumah saya memang mencari-cari Tommy. Saya fikir betullah kata  Saudara Saiful, antara saya dan Tommy sudah ada titik akhir.

Akan tetapi, belum lagi!

Selepas Isyak tadi saya keluar dengan kereta untuk ke kedai. Selepas urusan sepatutnya saya dan teman terus pulang tapi saya bertegas minta kereta dipandu menelusuri kawasan perumahan. Dalam pusingan kedua, saya ternampak kelibat anak anjing yang agak besar. Saya terus menjerit, Tommy! Kata kawan, itu bukan Tommy kerana anak anjing itu agak besar. Saya tegaskan bahawa itu memang Tommy dan dia semakin besar (anjing memang cepat membesar berbanding dengan kucing). Maka fahamlah saya bahawa perbuatan bersiar-siar di kawasan perumahan tadi tidak termasuk dalam perancangan saya tetapi termaktub dalam perancangan-Nya untuk mempertemukan saya dengan Tommy.

Saya menggesa teman membuat pusingan. Saya menurunkan tingkap kereta dan mencari kelibat Tommy. Ketika terlihat padanya, saya segera memanggil Tommy dan membuat isyarat bunyi tangan ke arahnya. Tommy melihat saya dan terus mengejar kereta. Wah, babak ini sangat cantik. Babak melihat Tommy berlari bersungguh-sungguh mengejar kereta sebelum diparkir di tepi jalan, kira-kira enam meter dari surau yang sama ketika pertama kali saya jumpa Tommy pada 21 Januari 2014. Saya rasa sebak. Gembira sangat sebab Tommy masih kenal saya.

Dua biji roti dibeli kerana tiada bekalan biskut di dalam kereta. Kata pemilik kedai berbangsa India, memang anjing itu datang ke kedainya tapi dia tak bagi makan kerana takut pelanggan Melayu tidak mahu ke kedainya lagi jika anak anjing itu duduk di kedainya. Oh, man!

Tommy makan dengan berselera. Saya beri kepada Tommy roti yang saya cubit. Satu untuk Tommy, kadang-kadang masuk juga ke mulut saya. Paling menarik, Tommy boleh ambil roti itu dari tangan saya dengan sopan dan mesra. Cantik sunggub cara Tommy duduk di depan saya sementara menunggu teman membeli roti.

Tidak lama, saya lihat ada dua anjing dewasa. Yang betina nampak sakit kakinya manakala yang jantan nampak okay. Tommy menggerakkan ekornya dan berlari kepada anjing jantan. Kemudian Tommy datang semula ke arah saya dan sambung makan roti. Dua anjing itu memandang Tommy dari jauh tanpa langsung menyalak ke arah saya. Takut juga saya kalau anjing dewasa itu serang saya. Selesai makan, Tommy berlari ke arah anjing jantan dan menjilat wajah bapanya itu.

Bagi saya, inilah keistimewaan anjing berbanding kucing. Anjing hidup berkeluarga. Tidak seperti kucing yang hanya ibu dan anak sahaja. Saya sangat gembira, bukan sahaja dapat bertemu Tommy lagi tetapi juga ibu dan bapanya.

Lebih utama, saya tahu bahawa kisah saya dan Tommy belum berakhir.


3
Alhamdulillah. Baru balik dari jumpa Tommy. Lokasinya masih sama, di depan surau. Beriya-iya saya pergi beli roti ikan bilis dan dua biji roti vanila, tapi Tommy tak mahu. Dia makan biskut pun main-main. Kenyang agaknya. Lebihnya bermain dan bergurau lebih kurang 20 minit. Sempat juga Tommy naik atas riba. Manja sangat budak ini. Jumpa lagi nanti. Sayang kamu. 


4
Sudah lama saya tidak berjumpa Tommy walaupun dicari. Kata beberapa orang pekedai, mungkin Tommy sudah diambil orang untuk dipelihara. Saya harap itu benar. Tommy anjing yang sangat baik, mesra dan baik laku. Semoga dia beroleh kebahagiaan dan menikmati indahnya berkongsi kasih sayang dengan orang yang mengasihinya.


Sila rujuk pautan ini bagi penjelasan mengenai hukum memegang anjing menurut Mazhab Imam Shafie Hukum Pegang Anjing

Khamis, 13 Mac 2014

PADAMU JUA

Habis kikis
Segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu

Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu

Satu kekasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa

Di mana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik angin
Serupa dara di balik tirai

Kasihmu sunyi
Menunggu seorang diri
Lalu waktu - bukan giliranku
Mati hari -  bukan kawanku ..........

Amir Hamzah



Selasa, 11 Mac 2014

I WANDERED LONELY AS A CLOUD

I wandered lonely as a cloud
That floats on high o'er vales and hills,
When all at once I saw a crowd,
A host, of golden daffodils;
Beside the lake, beneath the trees,
Fluttering and dancing in the breeze.

Continuous as the stars that shine
And twinkle on the milky way,
They stretched in never-ending line
Along the margin of a bay:
Ten thousand saw I at a glance,
Tossing their heads in sprightly dance.

The waves beside them danced; but they
Out-did the sparkling waves in glee:
A poet could not but be gay,
In such a jocund company:
I gazed—and gazed—but little thoughtWhat wealth the show to me had brought:

For oft, when on my couch I lie
In vacant or in pensive mood,
They flash upon that inward eye
Which is the bliss of solitude;
And then my heart with pleasure fills,
And dances with the daffodils.

By William Wordsworth

Isnin, 10 Mac 2014

BUAH RINDU

Datanglah engkau wahai maut
Lepaskan aku dari nestapa
Engkau lagi tempatku berpaut
Di waktu ini gelap gulita.


Kicau murai tiada merdu
Pada beta bujang Melayu
Himbau pungguk tiada merindu
Dalam telingaku seperti dahulu.


Tuan ayuhai mega berarak
Yang meliputi dewangga raya
Berhentilah tuan di atas teratak
Anak Langkat musyafir lata.


Sesaat, sekejap mata beta berpesan
Padamu tuan aduhai awan
Arah manatah tuan berjalan
Di negeri manatah tuan bertahan?


Sampaikan rinduku pada adinda
Bisikkan rayuanku pada juita
Liputi lututnya muda kencana
Serupa beta memeluk dia.


Ibu, konon jauh tanah Selindung
Tempat gadis duduk berjuntai
Bonda hajat hati memeluk gunung
Apatah daya tangan tak sampai.


Elang, Rajawali burung angkasa
Turunlah tuan barang sementara
Beta bertanya sepatah kata
Adakah tuan melihat adinda?


Mega telah kusapa
Margasatwa telah kutanya
Maut telah kupuja
Tetapi adinda manatah dia!


 Amir Hamzah, 1941


Ahad, 9 Mac 2014

DALAM BULAN

Cincin biru permata Selan,
Dibawa orang pergi meramu;

Jika tidur pandanglah bulan,

Dalam bulan kita bertemu.
    
(Pantun, DBP no. 1895)



Jumaat, 28 Februari 2014

A POEM TO A LOVER

I loved you; love as yet, perhaps
Has not burned out in my heart;
But may it trouble you no longer,
I do not wish to sadden you with anything.
I loved you wordlessly, hopelessly,
Toemented now by timidith, now by jealousy;
I loved you so sincerely, so tenderly,
As God grant you be loved by another.


I Love You, a poem by Pushkin; Russian author of the Romantic era who is considered by many to be the greatest Russian poet and the founder of modern Russian literature.



Rabu, 26 Februari 2014

PIPIT DAN ENGGANG

Pipit dan Enggang
sayap tak sama panjang;
terbang tak sama menjulang

Pipit dan Enggang
misal warisan Melayu;
biar sedar diri, baru kena tempat tuju



Ahad, 19 Januari 2014

SYAIR PERAHU

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

Hamzah Fansuri