Khamis, 5 September 2013

HATI YANG INGAT

Allah SWT menciptakan hati untuk mengingat
dan, ada hati yang kuat mengingat
daripada hati yang lain 
dan, hati inilah yang masih mengingat

walau jauh terasa dekat
walau tidak terjangkau mata
namun, tetap berimbau rasa

walau hati lain akan melupai
tetapi hati ini tidak akan lupa
terasa bagai semalam,
segalanya bermula 
-hijjaz-

cinta antara dua hati
ialah,
naratif penuh misteri

2 ulasan:

  1. Wardah, ikut nafsu, lesu; ikut rasa, binasa; ikut hati, mati. Cinta dicipta sebagai ujian, sama ada mencintai kerana diri kita atau kerana-Nya. :)

    BalasPadam
  2. Salam Nur Zahra Mustafa,

    Terima kasih. Biar kepada sesiapa pun hati itu diberikan pastikan pemberiannya ikhlas kerana pulangannya setimpal. Pastikan juga pemberian itu hanya kepada dia yang juga mencintai-Nya dan berjuang atas nama-Nya dan lanjutan perjuangan rasul-Nya. Dengan itu, akan jelas takah cinta itu menghala.

    wassalam

    BalasPadam