Selasa, 6 Ogos 2013

RINDU

lewat petang redup
27 Ramadan;
di pusara bonda

kelicap di nisan
suasana sama;
damai desa abadi

salam dan Fatihah
titipan mesra;
doa dalam cinta

terharu, menunggu
menjadi satu-
dalam kasihMu,

rindu makin padu -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan