Rabu, 29 Disember 2010

DIA YANG MENGEJAR

(Detik Rakaman Malam Tahun Baru)
Waktu berdiri di pintu perpisahan
kami melihat dia di sahara buana yang
berlari mendekat, cuba
menggoda batin baru dalam wadi keinsafan.
Ya, dia itu kami lihat berlari
-laju dan penuh emosi-
bagai gergasi safih yang berlumba mendakap rakus
atma baru kami.
Ketika disapa pendeta yang melihat kebobrokan tingkahnya, dia berkata riak
“Ah, jangan kautanya apa-apa. Yang kuperlu ialah mereka.”
Sambil telunjuk angkuhnya menuding ke arah kami yang
tetap tegar ingin menutup gapura masa, bersama-sama.
“Kami tidak mahu ketemu dia lagi, kami ingin menyambut hari baru
dengan jiwa pendosa insaf.”
Tetapi si gergasi safih tidak mahu mendengar
langkah diatur dengan derap berhawa.
Dia berhenti tepat di hadapan kami
memandang dengan sayu yang meruntun hati
memohon dengan simpati agar dia tidak kami biar sepi.
Kami memandangnya dengan biasa
“Kauhanya sejarah silam yang pernah
membuat kami terbungkam dalam pelukan noda dan tawa dunia.
Atas segala itu, memang kauhanya perlu menjadi sejarah
yang tidak akan kami bongkar dalam peri hidup kami,
walau seribu tahun lagi.”
WARDAH MUNIRAH
Fakulti Penulisan, ASWARA
Berita Minggu, Disember 2009

2 ulasan:

  1. salam
    nice entry..aniway, sejarah harus kita ingat dan ambil pengajaran drpnya bg mengelakkan ia akan berulang kembali..
    berkata salah seorang yahudi(unit ketenteraan) iaitu moche dayan:3 kelemahan org islam kini ialaH
    1.malas..
    2.tdk merancang secara terperinci.
    3.LUPAKAN SEJARAH..
    wallahualam..:-)

    BalasPadam
  2. teringat anjing2 hitam yang suke kejar masa kat padang merbuk...LOL

    BalasPadam