Rabu, 10 November 2010

WARGA PALESTIN

di pedih hujan senjata
di musnah kota peradaban dunia
di sengsara ladang kebuluran
di hanyir banjir kematian
terdengar lagu pilu
anak hilang ayah
isteri hilang suami
perempuan hilang mahkota
lelaki hilang maruah
tubuh hilang anggota
jasad hilang nyawamenggegar rasa warga dunia
mencair tugu besi kuasa manusia
menebar sayap raksasa simpati
melenyap senyum pahit wajah sakit
warga PALESTIN.

WARDAH MUNIRAH
FAKULTI PENULISAN, ASWARA

Berita Minggu, 7 November 2010

1 ulasan:

  1. Salam.

    Wardah pernah mendengar lagu "Tak Seindah Wajah" nyanyian S.M.Salim? Kalau tidak pernah, carilah dan dengarkan liriknya. Begitu puitis, begitu menduga akal dan perasaan, dan amat indah.

    Kalau tidak rajin menelaah puisi, dengarkan lirik lagu, kerana konsep dan persepsi penulisnya ketika menulis sama seperti sewaktu seseorang menulis puisi. Bezanya hanya, penulis lirik harus kreatif menempatkan suku kata pada beat melodi.

    Sekali lagi, dengarkan lirik lagu S.M.Salim itu, dan bandingkannya dengan puisi Wardah ini. Mungkin Wardah akan belajar sesuatu daripadanya.

    Wassalam.
    -kz

    BalasPadam