Ahad, 17 Oktober 2010

TERIMA KASIH ALAM


Malam, terima kasih menjengah datang
memberi ruang untuk aku berfikir panjang.
Bulan, terima kasih setia cahaya
menyuluh langkah, untuk aku memugar gelita.
Bintang, terima kasih berbahagi sinar
...menunjuk jalan, agar tidak aku tersasar.
Alam, terima kasih segala rahsia
mendidik aku dengan variasi warna ceritera

3 ulasan:

  1. Malam, bulan, bintang adalah cinta alam untuk kita, cinta Tuhan. Salam puisi.

    BalasPadam
  2. Terima kasih alam, kerana telah menemui aku dengan mu, bertukar-tukar angin dan udara nyaman,
    bersapa pada pohon dan gunung-ganang
    membuat aku hidup tenang hingga menjangkau usia senja kini...

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum Saudara N.Faizal kerana singgah di laman saya. Puisi saudara pernah memberi inspirasi kepada saya untuk berkarya. Terima kasih.

    Tuan Citra, selamat datang ke laman saya. Terima kasih.

    BalasPadam