Jumaat, 25 Jun 2010

KETENANGAN DALAM MENULIS

MENULIS itu memberi ketenangan. Prosesnya penuh dengan permainan perasaan tanpa meminggirkan fikiran dan kewarasan. Pada kala kata terakhir dinoktahkan, ada kelegaan yang menjalar. Memberi ruang untuk kembali berfikir dan ada ketika mengimbas kefahaman untuk mencambah pengalaman.

3 ulasan:

  1. Ya, selamat maju jaya. Anda saya kira bakal jadi sarjana seperti tuan FT. Insya-Allah. Saya doakan.

    @pembaca setia blog ini. :)

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum Pembaca Setia,

    Terima kasih atas kesetiaan dan kunjungan saudara. Alangkah baik jika saya dapat mengenali saudara, atau memang kita sudah saling berkenalan?

    Kata-kata saudara saya kira sebagai doa dan saya berterima kasih atasnya. Sesungguhnya saya masih tunas yang baru bercambah dan masih jauh untuk tiba usia matangnya. Namun demikian, saya sendiri berharap agar mempunyai kekuatan dan keazaman yang kuat seperti Tuan FT dalam berkarya dan melayari bahtera keinsanan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. How sweeeeeet :-) Saya akan lebih suka@seronok menulis.

    BalasPadam