Selasa, 4 Mei 2010

SEORANG TUA DENGAN JALA REZEKI


Seorang tua di kaki pantai
ada ria di wajah
melihat todak resah gelisah
tewas pada jala rezekinya.

2 ulasan:

  1. Salam.

    Cuba tulis puisi menggunakan horizon dan pantai menggambar kehidupan muka yang optimistik. Bukan puisi di atas tidak bagus. Tapi adakah kita akan berasa gembira dengan ketewasan orang lain yang ganas melangsungkan kitaran hidup dalam 'dunianya sendiri'?

    Puisi ini sendiri pesimistik sifatnya. Tiada perlawanan. Tiada adu kekuatan dan ketabahan. Hanya bergantung pada nasib. Puaskah hidup tanpa perjuangan? Bergeraklah!

    Jadikan puisi ini puisi pekik, bukan puisi bisik. Ok?

    Wassalam
    kz

    *percaya. Tuhan selalu punya rahsia.

    BalasPadam
  2. Salam tanpa nama,

    terima kasih atas sumbang saran yang diberikan dan saya sangat mengambil perhatian terhadapnya.

    Mahu dikatakan puisi akan bait-bait di atas ... bagi saya sekadar catatan atas pengamatan saya terhadap lelaki tua yang saya fikir berasa syukur dengan rezeki yang didapatnya itu .. untuk ahli keluarganya.

    Saya percaya, dia tidak bertarung secara fizikal untuk mendapatkan ikan-ikan todak yang terjerat pada jalanya ... akan tetapi saya yakin betapa dia bertarung dengan emosi dan perasaan ...

    Walau bagaimanapun, ulasan KZ saya ambil perhatian.

    Percaya Tuhan selalu punya rahsia.

    Percaya, setiap pandangan ada makna berbeza.

    Wassalam.

    BalasPadam