Isnin, 1 Februari 2010

DIALOG ORANG BANDAR ORANG KAMPUNG

MASA : 12:00 tengah hari
LOKASI : Bandar

KHATY : Hari-hari jalan sesak! Bosan betul.

LINA : Memang, aku pun kadang-kadang tak tahan rasanya duduk di bandar ni. Kalaulah aku ada kampung, sure tiap-tiap minggu aku bawa diri balik ke kampung.

KHATY : Kalau takat jalan sesak hari biasa okey lagi, Li. Ini hari Sabtu pun sesak. Gila betul orang bandar ni!

LINA : Nak buat macam mana, hari ini ajelah nak keluar shopping. Nak beli itu, ini

KHATY meningkatkan suhu pendingin hawa kereta. Rambutnya yang berwarna perang dibelai-belai dengan jari-jemarinya yang dihiasi pengilat kuku warna merah.

KHATY : Kaunak beli apa di mall?

LINA : Aku nak beli novel Harry Porter yang baharu tu. Kimi dah sibuk sangat. Dah seminggu merengek suruh aku beli.

LINA mengeluarkan bedak kompak. Mengurut-urut keningnya yang terukir cantik.

KHATY : Hai, itu okey lagi. Zizie tu pula sibuk suruh kami beli Baby Alive. Tak beli, merajuk pula. Dahlah dia seorang saja anak aku.

LINA : Wah, Baby Alive. Mahal tu, Khaty.

KHATY : Alah, untuk anak aku juga. Apa yang nak berkira sangat.

---

MASA : 12: 00 tengah hari
LOKASI : Kampung

MAK JAH sedang menyediakan lempeng. SUDIN sibuk menelaah buku bacaan yang sudah hilang kulitnya di anak tangga kayu. Api diselaraskan agar tidak terlalu besar.

MAK JAH : Sudin, pergi ke kedai Pak Malim. Belikan gula setengah kilo.

SUDIN bingkas bangun. Buku tanpa kulit diletakkan di atas almari lusuh.

SUDIN : Setengah kilo? Cukup ke nek?

MAK JAH : Cukuplah, guna jimat-jimat.

Kedengaran bunyi berkeriut penahan basikal raleigh Pak Nuar. Mak Jah dan Sudin segera ke anjung rumah.

PAK NUAR : Assalammualaikum.

MAK JAH dan SUDIN menjawab serentak. MAK JAH mendekati PAK NUAR dan mengambil mangkuk tingkat dari tangan PAK NUAR. SUDIN tersenyum melihat basikal Raleigh. Segera dia mencapai basikal itu dan menunggangnya untuk ke kedai PAK MALIM.

PAK NUAR : Nak ke mana budak tu?

MAK JAH : Kedai Pak Malim. Saya suruh dia beli gula setengah kilo.

PAK NUAR : Hai, jimat-jimatlah Jah oi. Upah baiki rumah pun dah tak banyak. Semua orang sibuk nak berjimat. Kalau tak jimat, tersekatlah kerongkong kita. Alahai, kita juga yang susah.

MAK JAH : Ya, saya tahu tu bang. Cukuplah kita makan berpada-pada. Yang penting duit belanja sekolah si Sudin itu ada. Makan pakai dia cukup.

Sudin tiba di kedai Pak Malim. Dia melihat sebuah komik dan mencapainya. Dibelek-belek komik itu.

PAK MALIM : Ha, Sudin. Kaunak beli ke?

SUDIN : (sengih) Taklah, Pak Malim. Tengok-tengok saja. Nenek suruh beli gula setengah kilo.

---

2 ulasan:

  1. Wardah,
    Teringat kenyataan personaliti dalam akhbar baru-baru ini yang menyatakan mereka memang meterialistik. Begitulah kesan saya selepas membaca dialog dua wanita bandar itu. Elok juga kalau Wardah buat dialog tentang dua wanita kampung. Apa agaknya yang mereka bualkan?

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum, Cikgu.

    Ya, begitu juga. Orang dulu segan hendak mengaku materialistik tetapi tidak lagi kini. Malah, dilihat sebagai sesuatu untuk dibanggakan.

    Terima kasih atas cadangan cikgu, ya.

    BalasPadam