Isnin, 21 Disember 2009

ALUMNI MPR?

TIDAK SEDIKIT daripada kalangan yang mengenali dan mengetahui saya berada dalam kelompok Perhimpunan Alumni MPR, Sabtu lalu yang meminta saya menulis berkenaan inti pati perhimpunan tersebut. Bukan saya lokek untuk berkongsi pengalaman. Namun saya fikirkan, ada baiknya saya pendamkan sahaja lautan perasaan saya tentang itu atau wajar juga saya lupakan sahaja pengalaman itu. Apatah lagi, saya bukanlah mantan MPR mahupun apa-apa yang punya kaitan dengan MPR selain merupakan pelatih Latihan Industri di Bahagian Pengembangan Sastera yang bertugas memantau perjalanan perhimpunan tersebut. Selebihnya, saya hanya seorang pelajar yang bernaung di Fakulti Penulisan ASWARA dan masih metah hijau dalam industri ini.

Sekadar satu pesanan kepada diri saya, rakan-rakan dan adik-adik penulis yang saya kagumi, sesungguhnya bakat dan kejayaan yang diperolehi merupakan anugerah dan rahmat Allah kepada hamba pilihan-Nya. Tidak salah untuk kita bersyukur dan berasa bangga dengan kurniaan itu. Namun begitu, tanamkanlah juga usaha untuk menjadi penulis kepada kebenaran Tuhan yang terhindar daripada noda riak dan takbur sama ada dalam bicara dan karya kita.

Saya bukanlah siapa-siapa untuk menulis catatan ringkas ini. Sekadar seorang pelajar yang tidak pernah jemu belajar untuk menjadi penulis yang diredai Tuhan, insya-Allah. Hanya, nota ingatan ringkas daripada Dato' Baha Zain yang mengatakan bahawa menulis itu merupakan tanggungjawab penulis dalam menunjukkan kebenaran Tuhan. Bicara Ayahanda Anwar Ridhwan juga tentang peri penting kejujuran dan keikhlasan dalam menulis moga-moga dapat menjadi landasan untuk saya dan sesiapa yang sudi mengambil iktibar daripadanya untuk tegar menjadi penulis yang tidak lupa jati diri dan peranan hakiki kita.

Sekadar peringatan untuk diri - Tidak mengapalah kamu (Wardah) tidak punya peluang untuk menyertai keluarga MPR kerana Allah telah meletakkan tempat terbaik untuk kamu di Fakulti Penulisan ASWARA. Pelihara diri kamu dan manfaatkan peluang dan rezeki yang kamu ada di situ.

4 ulasan:

  1. Assalamualaiukum...terima kasih atas kesudian mencoretkan sesuatu... Sebenarnya banyak cabang atau ruang lingkup yang ada utuk semua orang apatah lagi siapa sahaja bergelar penulis menyampaikan sesuatu..dan MPR ialah salah satunya...bukankah dengan menyampaikan sesuatu yang baik itu tugas sesama insan dan Wardah selaku pelajar (kini) sedang belajar menjadi penulis untuk tatapan insan seperti saya dan ramai lagi di luar sana... Dengan menjadi penulis anda boleh meyampaikan banyak perkara... Dan ingatlah wahai cik adik sayang, dimana kamu diletakkan pada masa kini, itu merupakan rezeki dan pemberian yang terbaik buat kita sebagai hamba kerana Allah Maha Mengetahui apa yang DIA lakukan... Kita sama2 ada tugas yang murni untuk pembangunan manusia, cuma cabang kita yang berbeza...saya dalam bidang pendidikan dan wardah dalam bidang penulisan...Selamat menulis...Maafkan kakak andai ada tersalah kata...terima kasih sekali lagi kerana sudi menulis.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Kanda Norbaya,
    Terima kasih yang tidak terhingga. Hanya itu yang dapat saya katakan pada ujaran semangat yang akak titipkan. Terima kasih, kak.

    BalasPadam
  3. Cik Wardah, ambillah sahaja yang jernih dan buangkan yang keruh likatnya. =)

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum Saudara Aidil Khalid,

    Ya, yang baik dijadikan panduan dan yang buruk dijadikan pengajaran bermakna.

    Terima kasih.

    BalasPadam