Rabu, 18 November 2009

MERARAU LAGI

(Sumber laman blog Ridzuan Harun)

Fakulti Penulisan akan mengadakan jamuan makan tengah hari untuk anak-anak Fakulti Penulisan sempena program Wacana Sastera mengikut butiran maklumat berikut:

Tarikh : 19 November 2009 (Khamis)
Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Bilik Persidangan Utama ASWARA
Panel Undangan : Prof. Madya Dr. Jelani Harun
Topik Perbincangan: "Penyelidikan Sastera Tradisional dan Kreativiti Penulisan"

Pelajar-pelajar yang tidak ada masa hendak datang, yang banyak alasan dan dolak-dalik, yang selalu tidak datang acara Fakulti, yang entah wujud atau tidak wujud dalam Fakulti ini bolehlah mewakilkan makan tengah hari kepada kawan-kawan yang berminat dan selalu datang. Kepada pelajar yang ada kuliah lain, boleh datang selepas tamat kuliah. Kepada yang selalu datang, Fakulti terus menyokong hasrat murni saudara semua untuk menjadi pemburu ilmu.

Jemputlah datang dengan fikiran dan hati terbuka.

p/s - (Bolehkah hebahan seperti ini?)

1 ulasan:

  1. Hebahan seperti itu kurang baik kerana menggambarkan sikap negatif rakan2 pelajar anda. Walaupun hal itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan.

    ----------------
    #Naimisa

    BalasPadam